Caw: 30 1st Floor Jalan Raja Chulan Kuala Kangsar, Perak
+60 16-445 9675 lesenmof@gmail.com 69B, Jalan PU7/4, Puchong Utama Puchong, Selangor.

Sdn Bhd atau Berhad

Liabiliti Terhad

Menurut perundangan, syarikat sdn bhd atau berhad merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham. Dengan erti kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik dan aset mereka akan terselamat. Yang disita hanyalah harta benda syarikat sahaja.

Kesinambungan Berterusan

Pemilikan dalam syarikat sdn bhd atau berhad diwakili dengan jumlah pegangan seseorang individu terhadap saham sesebuah syarikat tersebut. Saham yang dipegang seseorang pemilik itu boleh dipindah milik pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, syarikat tidak sesekali akan terjejas walau dengan kematian mana-mana seorang dari pemiliknya pada masa kematian mereka.

Kredebiliti Bertambah

Pada asasnya syarikat sdn bhd atau berhad ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat juga diwajibkan melantik syarikat setiausaha dan auditor professional untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta. Laporan Kewangan dan tahunan mereka juga setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke SSM. Ini membuatkan kredibiliti syarikat sdn bhd atau berhad lebih tinggi dan diyakini oleh pihak ketiga yang ingin berurusan dengan mereka.

Insentif Pengecualian Cukai

Pengecualian cukai merupakan diantara kelebihan yang besar diperolehi oleh syarikat sdn bhd atau berhad. Pelbagai insentif pengecualian cukai dinikmati mereka dengan tujuan untuk merancakkan lagi ekonomi negara.

Boleh dipindah Milik

Pemilikan syarikat Sdn Bhd diwakili oleh pemilikan unit saham dalam syarikat. Semakin banyak unit saham yang dimiliki oleh seseorang pemilik, semakin kuat kuasa pemilikannya keatas sesebuah syarikat itu. Saham-saham yang dimiliki itu merupakan harta kepada pemiliknya dan boleh dipindah milik bila-bila masa yang dikehendaki.

Open chat
Hello! Bolehkah Kami Membantu? WhatsApp kami sekarang untuk mengetahui lebih lanjut.